-bila cakap pasal dakwah apa yang mula-mula kita bayang.
mungkin akan ada yang terbayang ustaz ustazah yang berceramah
di khalayak ramai.hah,betul lah tu.Itu adalah salah satu cara macam mane kita nak dakwah orang.
-tapi sebenarnya ada banyak lagi cara yang kita boleh gunakan untuk berdakwah .Kita kene ingat berdakwah ni tak semestinya kena bercakap kat depan khalayak ramai .kita pun boleh berdakwah dengan menunjukkan akhlak yang baik kepada orang lain.
Contohnya,kita tengah jalan-jalan ,lepas tu ternampak sebutir sampah.kita pun kata"eeh sampahlah macam mane kau ade kat sini.kesian kau x de siapa pedulikan kau.Tak pe biar aku yang tolong kau kembali kepada tempat sepatutnya(tong sampah).Tetapi tanpa disedari ada orang yang ternampak perbuatan kite tu.Akhirnya,dia pun tertarik dengan perbuatan kite.dan dia cuba untuk amalkannya.
*so,telah tercapailah objektif dia untuk berdakwah kepada orang.
*nampak tak berdakwah ni senang.kadang-kadang benda yang dianggap temeh pun boleh jadi dakwah.
*tapi kite kena ingat kekadang sepanjang proses dakwah ni ada banyak dugaan dan ujian.
*oleh itu,kita kena pasang niat yang betul dari awal lagi.Supaya nanti datanglah ujian seberat mana,kite tetap teguh seperti tualang.Sebab apa ,sebab kita dah tahu niat kita nak dakwah orang ikhlas semata-mata kerana Allah ta'ala.
sabda Rasulullah S.A.W. :
"Sesungguhnya setiap amalan bergantung kepada niatnya.Dan setiap orang akan mendapatkan sesuai dengan apa yang dia niatkan"



Tiada ulasan:
Catat Ulasan