Sabtu, 7 Mac 2020

ubah

بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji-pujian bagi Allah SWT, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarganya.

Sebelum saya mulakan posting saya pada kali ini, ASSALAMU'ALAIKUM semua sekali...✋
diharapkan anda semua sihat-sihat belaka. Apa khabar iman💖

saudara,saudari yang dimuliakan,
kali ini tajuk saya adalah UBAH. Hidup ini terasa indah pabila wujudnya ujian. Dengan ujian,kita dapat pengalaman. Dengan pengalaman, kita dapat menempuh liku2 kehidupan dengan gagahnya.
Begitulah warna-warni kehidupan. Alangkah terasa kosongnya pabila warna hitam dan putih sahaja yang mewarnai hidup kita. Alangkah terasa sepinya pabila hidup tanpa pancaroba. 

Oleh itu, Allah itu Maha Adil terhadap hamba-hambanya. Di dunia ini, ada orang baik, ada juga orang jahat,tapi ada juga kekadang baik kekadang jahat. Macam tulah manusia. Manusia ni sifat dia pelupa . betul tak dinafikan. Bila dia ingat pada Allah ,dia akan jadi baik. Bila dia terleka dengan dunia, maka dia pun terlupa untuk menjadi baik.

jadi bila kita nampak ada orang buat silap, kita sepatutnya tegur dia. tegur dengan cara baiklah ,jangan kasar-kasar, jangan dimaki hamun orang itu. Tapi kekadang mungkin ada terdetik pada hati kita, yang "alah bende ni dosa,mesti dia tau punyalah, takkan tak tau" en. Jadi nilah masalah kita, kalau boleh buang perasan tu sebab kebanyakan manusia ni,dia tau bende tu salah ,bende tu haram,bende tu dosa,TAPI mungkin waktu tu dia LUPA. Jadi ni lah function kita untuk saling INGAT-MENGINGATI.Contoh, kalau si A ni buat salah, jadi si B ni kenelah tegur A ni baik-baik. 
Si A ni nak terima ke tak nak terima teguran B ni, suka hatilah dia en.. yelah bak kata orang "kubur masing-masing" tak payah sibuklah, kau fikir diri kau sendiri sudahlah.💔

sahabat-sahabat yang saya kasihi sekalian,
Memang betul kubur masing-masing.Liang lahad kau,kau sendirilah,Liang lahad aku,aku punyalah.
Memang betul,saya tak nafikan.TAPI DISEBABKAN KUBUR MASING-MASING LAH, KITA KENE SALING TOLONG MENOLONG DALAM MENGINGATI. DISEBABKAN KUBUR MASING-MASINGLAH, AKU TEGUR KAU SEBAB AKU TAU NANTI DALAM KUBUR, AKU DAH TAK BOLEH TOLONG KAU..BEGITU JUGA AKU
dan satu lagi,mungkin sekarang bolehlah kau kata "kubur masing-masing", tapi kat akhirat nanti jangan pulak datang tuntut kata "dulu si fulan ni tak pernah tegur aku"

kita ni hidup jangan pernah bongkak, Jangan pernah anggap diri MULIA. Kita kene ingat yang Allah tak pandang permulaan seseorang tu,tapi Allah tengok PENGAKHIRAN  seseorang. Jadi macam mane kita nak pastikan pengakhiran hidup kita ni adalah yang terbaik. Dalam erti kata lain,mati dalam keadaan yang baik lah. Mudah ,Tapi PAYAH itulah dunia.Kita kene sentiasa buat baik,pastikan hari-hari kita,setiap saat,setiap detik kehidupan kita adalah dimana Allah redha apa yang kita lakukan.

saudara,saudari sekalian,
Nampak mudah kan? tapi memang hakikatnya mencabar lagi-lagi di akhir zaman ni, semua bende baik akan Nampak PELIK. dan maksiat akan dilihat BIASA. Contoh yang paling mudah dan paling dekat dengan kita adalah COUPLE bukan? ye, couple ni bukanlah perkara yang baru tapi MAKIN LAMA MAKIN DITERIMA MASYARAKAT. hmm renung-renungkanlah

Akhir kalam, ingin saya perkatakan bahawa untuk terima teguran dari seseorang lagi-lagi yang lebih muda usianya dari kita adalah perkara yang sukar. Tapi jangan pernah ABAIKANNYA, takut nanti teguran tak datang lagi… 
takpe,  mungkin susah untuk  kita terima terus teguran tersebut, ambillah masa seberapa lama yang boleh tapi jangan lama-lama.....
"jangan pandang siapa yang berkata,tapi pandanglah apa yang diperkata"
terimalah teguran hatta dari seorang pelacur sekalipun

#andaiiniwarkahterakhirku