diriku dulu hanya sebesar penumbuk sahaja
tapi kini,aku lebih besar daripada orang tuaku
diriku dulu tak tau ABC apatah lagi ا ب ت
tapi kini,aku tau mengeja dan membaca
usiaku kini semakin meningkat
banyak halangan yang perlu aku tempuh
jika dulu aku tak perlu risaukannya
kerana aku masih dibimbing,
tapi kini,aku sendiri harus menempuhnya
kerana aku perlu membimbing
andai dulu wang menjadi mainanku
tapi kini,wang menjadi impianku
jika dulu aku hanya tahu warna-warni pelangi
tapi kini,aku harus mendalami pelangi itu sendiri
suatu hari, aku bertanya kepada diriku"adakah adilnya dunia ini,jika wujudnya derita?"
namun kini aku tahu jawapannya"derita yang dulu kusangkakan bencana merupakan satu hamparan karpet merah untuk diriku menjadi AKU
kini aku tak akan mengalah kerana aku yakin setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya
yang benar
Khalisa Zulkifli