Hadith Nabi Muhammad S.A.W
عَنْ أَبِي الدَّرْدَاء رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: (سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليْه وسلَّمَ يَقُولُ: مَن سَلَكَ طَرِيْقًا يَبْتَغِي فِيْهِ عِلْمَاً سَهَّلَ اللهُ لهُ طَرِيْقَاً إلى الجَنَّة وإنَّ المَلائِكَةَ لَتَضَعُ أجْنِحَتَهَا لِطَالِبِ العِلْمِ رِضَاً بِما يَصْنَعُ وَ إنَّ العَالِمَ لَيَسْتَغفِرُ لهُ مَن في السَّمواتِ ومَن في الأرضِ حَتَّى الحِيْتَانُ في المَاءِ وفَضْلُ العَالِمِ عَلى العَابِدِ كَفَضلِ القَمَرِ على سَائِرِ الكَوَاكِبِ وإنَّ العُلَماءَ وَرَثَةُ الأنبِيْاءِ وإنَّ الأنبِيْاءَ لمْ يُوَرِّثُوا دِيْناراً ولا دِرْهَمَاً وَ إنَّما وَرَّثُوا العِلْمَ فَمَنْ أَخَذَهُ أخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ).
أَخْرَجَه أَبُو دَاوُد وَالتِّرْمِذِي
Yang bermaksud:Daripada Abi Hurairah R.A berkata,(aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu,Maka ALLAH akan mempermudahkan jalan baginya menuju ke syurga.dan sesungguhnya para malaikat benar-benar akan membentangkan sayapnya kerana redha kepada penuntut ilmu.dan sesungguhnya, setiap yang ada di langit dan di bumi sehinggakan ikan-ikan di lautan akan memohon keampunan bagi penuntut ilmu.keutamaan seorang yang berilmu keatas seorang ahli ibadah,seperti keutamaan bulan keatas bintang-bintang lain.dan sesungguhnya para ulama' adalah pewaris para anbia'.dan sesungguhnya para anbia' tidak mewariskan dinar dan dirham(harta) dan sesungguhnya mereka mewariskan ilmu.barangsiapa mengambil ilmu,maka dia telah mengambil bahagian yang banyak.
(dikeluarkan oleh Abu Daud dan Tarmizi)
oleh itu,kita sebagai muslim yang hidup pada zaman yang serba teknologi ini,apakah peranan yang sepatutnya kita ambil untuk tegakkan kembali maruah agama kita...
paling tidak pun,PERBAIKI DIRI KITA dengan sebaiknya
moga suatu hari nanti kita bakal menjadi PEMIMPIN yang
mampu menaikkan nama ISLAM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan